MyProBina

Portal Rasmi MyProBina Malaysia

Pendaftaran Kad Hijau CIDB / Kad Personel Binaan & Pendaftaran Syarikat Kontraktor dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

Kad Personel Binaan CIDB

Lesen Kontraktor CIDB

Kelulusan Tinggi

Memastikan permohonan anda berjalan lancar

Jimat Masa

Setiap permohonan diproses dengan segera

Profesional

Berdedikasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

Berpatutan

Kadar yang sangat berpatutan dengan servis terbaik

Perbaharui Kad Personel Binaan / Daftar CIDB Anda

Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.

daftar Cidb Kad Hijau

Pendaftaran Baru Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)

Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)

Gantian Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)

Pendaftaran Baru Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)

Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)

Gantian Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)

Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah wajib bagi semua kontraktor tempatan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 di bawah Seksyen 29.

Pendaftaran Baru Lesen Kontraktor CIDB (Tempatan)

Pendaftaran Baru Lesen Kontraktor CIDB (Asing)

Pembaharuan Lesen Kontraktor CIDB

Kemaskini Maklumat Kontraktor CIDB

contoh penyata daftar cidb

Proses Permohonan Kad Personel Binaan CIDB

k

LANGKAH #1 - ISI BORANG PERMOHONAN

Isi Borang Permohonan pembaharuan Kad Personel CIDB (Kad Hijau CIDB).

LANGKAH #2 - BUAT BAYARAN

Buat bayaran pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB (Kad Hijau CIDB) secara atas talian.

LANGKAH #3 - PERMOHONAN DIPROSES

Permohonan diproses selama 3 hari bekerja

LANGKAH #4 - TERIMA PAS SEMENTARA

Terima email pas sementara CIDB dalam masa 48 jam

*Bermula 16 Disember 2023, tiada lagi cetakan & penghantaran kad pintar Personel Binaan CIDB bagi permohonan baru / pembaharuan personel binaan.

Kadar Bayaran Pembaharuan Kad Hijau CIDB

Pekerja Tempatan

Tempoh

Harga

1 Tahun

RM85.00

2 Tahun

RM135.00

3 Tahun

RM185.00

4 Tahun

RM225.00

5 Tahun

RM260.00

Pekerja Asing

Harga

RM360.00

*Pendaftaran & pembaharuan kad hijau bagi pekerja asing bergantung kepada tempoh sah permit kerja.

Soalan Lazim Berkaitan Perbaharui / Daftar CIDB

Kami memahami setiap persoalan yang selalu ditanya oleh pelanggan

Apakah Kad Personel Binaan CIDB?

Kad Personel Binaan CIDB adalah kad/lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas & keselamatan ditapak binaan. Pekerja binaan wajib memiliki Kad Personel Binaan CIDB yang sah sebelum memasuki tapak binaan.

Apakah Kad Pintar Personel Binaan CIDB?

Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar CIDB ini direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar bercirikan transaksi perdagangan.

Bagaimana cara perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?

Isi Borang Permohonan & buat bayaran pembaharuan kad secara online.

Berapa caj perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Bagaimana pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB diproses?

Selepas permohonan & bayaran diterima, ia akan diproses dan Pas Sementara CIDB (sah untuk 60 hari) akan di email kepada pemegang kad. Kemudian, Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui akan di pos kepada pemegang kad oleh CIDB.

Berapa lama tempoh sah Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui?

1-5 tahun.

Kenapa saya perlu dapatkan khidmat MyProBina?

MyProBina dapat membantu pekerja & majikan perbaharui Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar. Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.

Jika pembaharuan Kad Personel Binaan tidak berjaya, adakah wang saya dikembalikan?

Ya, semua bayaran akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonan tidak berjaya kecuali caj proses sebanyak RM10 akan dikenakan.

Maklumbalas

Sebanyak 98% permohonan telah berjaya diuruskan melalui MyProBina. Daftar CIDB  anda sekarang!

Thanks MyProBina sebab dah tolong company kami. Kami akan repeat lagi selepas ini! Terima kasih MyProBina.com

En. Khairul

Penyelia Binaan

Saya dah lama cari servis yang serba mudah macam ni.. Kalau tahu awal, dah lama saya serahkan pada MyProBina je. Syabas anak muda.

En. Alias

Pengurus Projek

Terima kasih MyProBina kerana memudahkan urusan saya untuk renew CIDB kad hijau secara online dan tak perlu lagi pergi ke kaunter.

Mr. Tan

Pegawai Keselamatan & Kesihatan

Hubungi Kami

Dapatkan maklumat terperinci tentang permohonan anda dengan menghubungi kami – Ianya sangat mudah.

CM MANAGEMENT & CONSULTANCY (002981896-H)
Terengganu Digital Hub TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)

bantuan@myprobina.com

011 1610 7119 – Kad Personel Binaan
011 1615 7102 – Lesen Kontraktor

1 + 12 =