Isi Kandungan
Tahukah anda?
Kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes (SKP) telah dilancarkan CIDB pada tahun 2008 dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kontraktor baru yang telah berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor dan Pengurusan Bisnes dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor dikeluarkan atau sebelum pembaharuan kali pertama dibuat.
APA ITU KURSUS INTEGRITI DAN PENGURUSAN BISNES
Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor
Tujuan utama CIDB memperkenalkan kursus ini adalah kerana ingin menerapkan nilai integriti pada setiap kontraktor dalam setiap aspek. Iaitu yang berkaitan dengan keselamatan, kualiti dan profesionalisme. Ini kerana CIDB ingin memberikan kesedaran kepada semua kontraktor agar sentiasa membudayakan amalan integriti dan etika. Amalan ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada syarikat, malah kepada masyarakat juga.
Pengurusan Bisnes
Bermula pada Oktober 2015, selaras dengan Panduan Am Permohonan Baru Perakuan Pendaftaran Kontraktor, semua kontraktor yang tidak mempunyai sijil teknikal perlulah memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan.Oleh itu, kontraktor berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus kursus tersebut. Manakala, kontraktor yang sudah mempunyai sijil teknikal tidak diwajibkan untuk menghadiri kursus pengurusan bisnes.
SIAPA YANG PERLU MENGHADIRI KURSUS
Kontraktor baru yang berdaftar dengan CIDB wajib menghadiri serta lulus Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor dan Pengurusan Bisnes dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor dikeluarkan. Individu yang boleh menghadiri kursus tersebut adalah pemilik atau pengarah syarikat sahaja. Kontraktor tidak boleh menghantar wakil iaitu staff untuk menghadiri kursus-kursus ini.
Apabila pemilik atau pengarah syarikat mendaftar kursus, kontraktor akan mendapat dua (2) sijil yang dikeluarkan oleh CIDB. Sijil pertama ialah sijil kehadiran iaitu sekiranya kontraktor berjaya melengkapkan pembelajaran modul yang diberikan. Sijil kedua ialah sijil pencapaian. Kedua, adalah sijil pencapaian. Sijil ini akan dikeluarkan oleh CIDB sekiranya kontraktor telah lulus peperiksaan yang dijalankan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes (SKP) wajib dihadiri oleh salah satu pemilik atau pengarah syarikat sebelum membuat pembaharuan kali pertama. Kegagalan melampirkan sijil kursus tersebut akan menyebabkan permohonan pembaharuan lesen kontraktor syarikat anda ditolak.
Nak tahu lebih details berkenaan kursus diatas lawati website kami atau Hubungi kami segera untuk maklumat lebih lanjut
0 Comments