Isi Kandungan
Lesen CIDB (Kontraktor)
Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan dan telah diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau lebih dikenali Letter Offer (L.O) di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga .Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut. Namun begitu, untuk memenangi sesuatu tender, kontraktor perlulah memastikan lesen CIDB masih aktif. Sekiranya lesen CIDB kontraktor anda telah tamat tempoh, anda boleh rujuk cara renew lesen CIDB (kontraktor) seperti di bawah:
Cara renew lesen CIDB (Kontraktor)
LANGKAH 1: LAYARI MyProBina
Anda perlu melayari laman web MyProBina.Com. Klik pada bahagian LESEN KONTRAKTOR CIDB.
LANGKAH 2: JENIS PERMOHONAN
Klik pada butang Daftar Baru / Pembaharuan CIDB (Kontraktor Tempatan)
LANGKAH 3: ISI BORANG PERMOHONAN
Sila isikan butiran maklumat syarikat dan pemohon yang tepat pada borang permohonan yang telah disediakan supaya pihak kami dapat menghubungi anda.
LANGKAH 4: HANTAR PERMOHONAN
Selepas anda mengisi maklumat anda di borang permohonan, anda hanya perlu klik pada kotak ” Saya bersetuju dengan terma & syarat” dan seterusnya klik “Hantar Permohonan“. Pihak MyProBina akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.
Rumusan
Senang bukan? Hanya dengan 4 langkah anda boleh renew lesen CIDB anda. Permohonan hanya mengambil masa 7-14 hari bekerja dan anda akan menerima lesen anda melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Tunggu apa lagi? Renew dan daftar lesen CIDB anda di MyProBina sekarang. Dapatkan harga promosi dengan klik butang Whatsapp di bawah
Whatsapp Kami Sekarang
Syarikat kami ada buat pemohonan pembahuruan dalam bulan May 21, sekarang dapat krusus hadiran mata yang cukup untuk G1. Sila beritahu langkah selanjutnya. No. Pendaftaran:1970812-PP042000
Syarikat Soonly Trading
Untuk bantuan, sila hubungi atau whatsapp kami pada talian 01116107119 untuk pihak kami bantu anda melengkapkan permohonan lesen CIDB anda.