Isi Kandungan
CIDB PEKERJA ASING
Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web MyProBina. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan. malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.
PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING
Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing. Dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.
- Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
- Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
- Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
- Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.
Alamat penghantaran
Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak MyProBina akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.
UNTUK BANTUAN
Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@MyProBina.Com untuk sebarang pertanyaan. Kami di MyProBina sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.
0 Comments