Isi Kandungan
Bagaimana untuk kemaskini tred pekerjaan di dalam sistem? Berapakah jenis kategori kerja yang ada untuk kad CIDB? Bolehkah saya kemaskini tred pekerjaan saya dari pelatih binaan kepada pekerja binaan am?. Berikut merupakan persoalan-persoalan yang sering di tanya oleh personel-personel binaan kepada kami di MyProBina.Com.
Terdapat 7 jenis kategori kerja yang boleh di kemaskini ke dalam sistem dan mengunakkan kad CIDB. Antaranya termasuklah pelatih binaan sama ada dari pusat pengajian atau industri pembinaan yang mendapat pengiktirafan. Kedua adalah pekerja binaan am di mana bagi kategori kerja ini bagi personel yang tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran atau akademik yang khusus. Kemudian, bagi personel pentadbiran pula adalah untuk individu yang mempunyai sijil akademik yang berkaitan.
Selain itu,
Bagi pekerja binaan mahir dan pekerja binaan separa mahir pula akan di nilai berdasarkan sijil kemahiran yang mereka ada. Untuk makluman bagi pekerjaan binaan mahir, tred kemahiran merupakan tred yang tidak tersenarai di Jadual Ketiga, AKTA 520 manakala pekerja binaan mahir merupakan tred kemahiran yang tersenarai di Jadual Ketiga, AKTA 520. Berikut merupakan antara senarai Jadual Ketiga antaranya jurubagas dan jurucat, pakar penyaman udara dan pengudaraan mekanikal, pemasang dinding, pemasang siling, jurugegas petrokimia dan banyak lagi. Jumlah tred kemahiran yang tersenarai merupakan 25 jenis. Untuk semakan lanjut boleh klik di link berikut untuk semakan JADUAL KETIGA, AKTA 520.
Seterusnya,
Untuk Penyelia Tapak perlu mempunyai sijil kecekapan kemahiran pembinaan (SKKP) Construction Site Supervisor bagi membolehkan individu mendapat tred sebagai penyelia tapak binaan. Akhir sekali adalah pengurus projek binaan. Bagi individu yang ini mengemaskini kepada pengurus projek binaan mestilah mempunyai sijil kecekapan kemahiran pembinaan (SKKP) Construction Project Manager untuk membolehkan tred yang diingini dan diktiraf sebagai layak.
Jika anda ada sebarang pertanyaan. Anda boleh hubungi pegawai kami dengan segera di talian 011 1610 7119 – Kad Personel Binaan
Nota: Kategori pekerjaan diberikan berdasarkan kelayakan akademik dan kemahiran yang tertinggi
0 Comments