Tahukah anda, bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi pendaftaran kontraktor asing bagi menambahbaik proses pendaftaran kontraktor yang sah di Malaysia.
Dengan adanya lesen kontraktor CIDB, ia menandakan bahawa kontraktor telah memenuhi kriteria dan keperluan khusus yang ditetapkan oleh CIDB. Lesen ini pada asasnya adalah permit untuk beroperasi dalam industri pembinaan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti pembinaan. Ia memastikan kontraktor mematuhi piawaian, peraturan dan garis panduan tertentu untuk memastikan kualiti, keselamatan dan profesionalisme projek pembinaan.
Oleh itu, mana-mana kontraktor asing yang sedang menjalankan atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan. Atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor di Malaysia. Perlulah mendapatkan perakuan pendaftaran yang sah dengan CIDB terlebih dahulu termasuklah untuk kontraktor asing.
Pendaftaran kontraktor sekarang agak berbeza berbanding sebelum ini. Syarat pendaftaran agak mudah berbanding sebelum ini. Sekiranya kontraktor ingin membuat carian PPKA, kontraktor tersebut boleh sahaja memohon sahaja dahulu tanpa perlu melampirkan dokumen penganugerahan projek kepada pihak CIDB. Berbanding dengan sebelum ini, sekiranya kontraktor ingin mendaftar, kontraktor perlu mendapatkan penganugerahan projek terlebih dahulu.
Syarat utama bagi memohon lesen kontraktor adalah, syarikat perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran terbuka kepada pemohon yang mempunyai syarikat sahaja. Sekiranya anda belum mempunyai syarikat, anda perlulah syarikat anda berdaftar dengan SSM terlebih dahulu.
Syarikat yang mempunyai pegangan ekuiti asing lebih tiga puluh peratus (30%) dan ke atas wajib memohon sebagai kontraktor asing.
Selain itu, syarikat yang ingin mendaftar perlulah mempunyai modal yang cukup berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa keperluan, kategori dan proses yang tepat berdasarkan peraturan CIDB dan tempat yang tertentu. Jika anda berminat untuk mendapatkan lesen kontraktor CIDB, anda harus merujuk terus laman web kami atau Whatsapp kami sekarang 011-16157102 mendapatkan maklumat yang paling terkini dan tepat.
0 Comments