Isi Kandungan
Ramai pemilik lesen kontraktor mahu jadi kontraktor berjaya dan berwibawa. Tapi ramai yang gagal kerana tersilap langkah. Ambil rasuah. jual projek, sub 100% projek kerana mahu cepat kaya. Biar anda bermula perlahan kerana kita mahu mencari yang ada dalamnya keberkatan. Tiada jalan pintas untuk Berjaya.
Namun bagi kontraktor yang baru menceburi bidang ini bolehlah bermula dengan cara berikut untuk menjadi kontraktor. Kami akan kongsikan dengan anda tips menjadi kontraktor berjaya dengan anda.
Tip Menjadi Kontraktor yang Berjaya
- Analisa Industri Binaan
Sebelum anda meneruskan keinginan untuk menjadi kontraktor, anda perlulah membuat analisis dan perancangan dalam kontraktor dari segi apa yang boleh, apa yang tidak boleh dilakukan bagi seseorang kontraktor. Hal ini bagi mengelakkan anda menyesal atau tersilap Langkah kerana tidak membuat analisis atau mendengar nasihat yang salah.
Jika anda memang berminat untuk menjalankan atau melakukan kerja kontraktor, tetapi tiada sijil atau kelayakan, anda boleh ambil kursus pendek yang dianjurkan oleh CIDB untuk mendapatkan lesen. Dalam industry anda perlu tahu siapakah pelanggan yang berpotensi dan bagaimana mahu mendapatkan kerja dari mereka. Kenali juga siapa pembekal dan pesaing anda. Jika tidak anda akan merana kerana tiada projek yang hendak dilakukan.
- Kenali Kemahiran Diri
Bagi permulaan kontraktor, anda juga perlu tahu apakah jenis perkhidmatan yang anda hendak lakukan. Adakah perkhidmatan dari segi kontraktor bina bangunan? Senggara bangunan, bina structure, kemasan, sistem bangunan, elektrikal, mekanikal atau lain-lain kerana setiap perkhidmatan yang anda jalankan perlukan kemahiran dan kepakaran kontraktor. Jika anda tiada kepakaran namun masih ingin menjadi kontraktor, anda boleh bermula di tapak pembinaan. Di tapak pembinaan, anda akan belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam kontraktor.
- Kenali Pelanggan
Perkara penting dalam kontraktor adalah anda harus kenali pelanggan anda dan mengetahui apa yang pelanggan anda mahukan. Jika pelanggan anda adalah satu organisasi, fahami nilai visi, misi dan objektif mereka. Jika pelanggan anda adalah domestic atau individu, ambil tahu impian mereka setelah projek siap nanti.
Rumusan
Kesimpulannya, sebelum semua kontraktor melakukan atau menjalankan kerja-kerja pembinaan, anda perlulah mengambil langkah yang betul supaya anda tidak tersalah pilih jalan secara langsung menjadi kontraktor berjaya. Klik Daftar segera untuk dapatkan pendaftaran kursus lesen kontraktor dan urusan pembaharuan. Kami membantu menguruskan proses pendaftaran dan pembaharuan secara atas talian sahaja, tanpa perlu mengujungi kaunter fizikal.
0 Comments