Isi Kandungan
Status kad hijau ?
Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.
Belum ada kad hijau ?
Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web MyProBina. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan. Anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.
Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Langkah semak kad hijau CIDB;
- Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
- Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
- Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah. Nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.
Kesimpulannya ;
- Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB. Personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
- Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak MyProBina boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak MyProBina.
0 Comments