SIAPA YANG LAYAK UNTUK DAFTAR KAD CIDB ?
Disediakan oleh: Admin
SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENDAFTAR KAD CIDB e1684484916497

Siapa Layak Untuk Daftar Kad CIDB?

Kad hijau merupakan akuan yang perlu di daftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Siapa yang perlu daftar Kad CIDB?

Kad hijau CIDB perlu di daftar kepada mana-mana individu yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.

Berapakah maksimum umur bagi personel binaan untuk daftar Kad CIDB?

Personel binaan akan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB. 

Berapakah umur membolehkan personel mendaftar?

  • Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas
  • Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas

Apakah syarat yang perlu di patuhi selain yang di atas?

  • Memiliki dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan/Passport dan Permit Kerja)
  • Memiliki Kad OGSP
  • Melaksanakan kerja-kerja pembinaan
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB

Terma Pendaftaran

1. Perakuan pendaftaran personel binaan/ kad pendaftaran personel binaan merupakan hak milik CIDB. Perakuan/ kad ini tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain dari individu yang dinamakan pada perakuan/ kad.

2. Personel binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan sepanjang tempoh sah pendaftaran.

3. Personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.

4. Semua maklumat yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

Tempoh Pendaftaran

1. Kad Pengenalan Malaysia:
a)  Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
b)  Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.

2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.

3. IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.

Untuk Bantuan

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011 1610 7119 dan disambungkan kepada bahagian Kad Personel Binaan.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Kursus CIDB: Membuka Pintu Kerjaya dalam Industri Pembinaan Malaysia

Industri pembinaan di Malaysia terus berkembang pesat, membuka peluang kerjaya yang luas bagi individu yang berminat. Namun, untuk menceburi bidang ini dengan jayanya, memiliki pensijilan yang diiktiraf adalah penting. Salah satunya adalah sijil yang diperolehi...

Check Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Dalam dunia pembinaan Malaysia yang dinamik, memiliki akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang sah adalah penting. Bagi kontraktor dan pekerja binaan, status CIDB ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah juga membuktikan...

Mengenali CIDB Selangor: Peranan dan Kepentingan dalam Industri Pembinaan

Negeri Selangor, sebagai salah satu negeri yang paling pesat membangun di Malaysia, menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pembinaannya. Di sebalik pembangunan ini, terdapat satu badan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti, keselamatan, dan...

Memahami Kod Bidang CIDB

Dalam industri pembinaan Malaysia, Kod Bidang CIDB memainkan peranan yang penting. Ia adalah satu sistem klasifikasi yang digunakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengkategorikan kontraktor berdasarkan jenis kerja atau perkhidmatan...

Semakan Kad Hijau CIDB

Dalam dunia pembinaan yang serba pantas, keselamatan dan kompetensi pekerja adalah amat penting. Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting dalam memastikan piawaian ini dipatuhi melalui pelbagai inisiatif, salah...

Panduan Lengkap: Cara Renew Lesen CIDB Anda Secara Online

Lesen CIDB adalah keperluan penting bagi semua kontraktor di Malaysia. Ia membuktikan kelayakan dan membenarkan anda untuk menjalankan projek pembinaan secara sah. Memastikan lesen CIDB anda sentiasa aktif adalah krusial, dan kini proses memperbaharuinya lebih mudah...

Mengenali Kontraktor CIDB: Panduan Lengkap untuk Anda

Memilih kontraktor yang tepat adalah kunci untuk menjayakan projek pembinaan anda. Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting dalam memastikan kontraktor yang beroperasi adalah berkelayakan dan mematuhi piawaian yang...

Semak CIDB: Panduan Lengkap dan Mudah untuk Kontraktor & Orang Awam

CIDB atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri pembinaan di Malaysia. Sama ada anda seorang kontraktor yang ingin memastikan lesen anda aktif, atau orang awam yang ingin mengesahkan...

CIDB Check: Lesen Tamat Tempoh? Ini Yang Perlu Anda Tahu!

Lesen CIDB merupakan kunci utama bagi kontraktor untuk menjalankan projek pembinaan secara sah di Malaysia. Tanpa lesen yang sah, anda bukan sahaja berisiko didenda, malah boleh menjejaskan reputasi dan kelayakan anda untuk mendapatkan projek-projek besar di masa...

Memahami Peranan dan Kepentingan CIDB Malaysia untuk Industri Pembinaan

Sebagai pemilik rumah, pemaju hartanah, atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia, adalah penting untuk memahami peranan dan fungsi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Artikel ini akan membincangkan secara mendalam...
Check Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Check Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Dalam dunia pembinaan Malaysia yang dinamik, memiliki akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang sah adalah penting. Bagi kontraktor dan pekerja binaan, status CIDB ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah juga membuktikan...