Isi Kandungan
Siapa Layak Untuk Daftar Kad CIDB?
Kad hijau merupakan akuan yang perlu di daftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Siapa yang perlu daftar Kad CIDB?
Kad hijau CIDB perlu di daftar kepada mana-mana individu yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.
Berapakah maksimum umur bagi personel binaan untuk daftar Kad CIDB?
Personel binaan akan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Berapakah umur membolehkan personel mendaftar?
- Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas
- Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas
Apakah syarat yang perlu di patuhi selain yang di atas?
- Memiliki dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan/Passport dan Permit Kerja)
- Memiliki Kad OGSP
- Melaksanakan kerja-kerja pembinaan
- Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB
Terma Pendaftaran
1. Perakuan pendaftaran personel binaan/ kad pendaftaran personel binaan merupakan hak milik CIDB. Perakuan/ kad ini tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain dari individu yang dinamakan pada perakuan/ kad.
2. Personel binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan sepanjang tempoh sah pendaftaran.
3. Personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.
4. Semua maklumat yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.
Tempoh Pendaftaran
1. Kad Pengenalan Malaysia:
a) Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
b) Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
3. IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.
Untuk Bantuan
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011 1610 7119 dan disambungkan kepada bahagian Kad Personel Binaan.
0 Comments