Isi Kandungan
Pengenalan
Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB . Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara daftar cidb kad hijau dengan MyProBina.
Cara Daftar Kad Hijau (Green Card) CIDB Online
Langkah 1 : Layari MyProBina
Layari laman web kami MyProBina dan di laman utama akan memaparkan tiga pilihan utama iaitu Pendaftaran baru Kad Hijau CIDB, Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB dan Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Pendaftaran baru Kad Hijau CIDB untuk daftar baharu secara online.
Langkah 2 : Isi maklumat di borang permohonan
Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan berserta dengan dokumen sokongan seperti salinan kad NIOSH anda. Sekiranya anda tiada sijil SICP seperti yang dinyatakan di borang permohonan, anda boleh memuat naik salinan IC sahaja. Perlu diingatkan bahawa permohonan permohonan daftar kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.
Langkah 3 : Buat bayaran daftar kad hijau CIDB
Setelah anda mengisi maklumat peribadi anda, sila klik pada butang “Buat Bayaran Pendaftaran RM200”. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian
Langkah 4 : Terima pas sementara
Anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam melalui emel untuk melayakkan anda memasuki tapak binaan sementara menunggu kad hijau CIDB anda dipos. Berikut adalah contoh pas sementara yang anda akan terima sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh CIDB Hq.
Langkah 5 : Terima kad hijau CIDB anda
Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap didaftar akan di pos pada alamat penghantaran anda dalam masa 14-21 hari bekerja. Sekiranya permohonan daftar kad hijau cidb anda tidak berjaya. Pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.
Rumusan
Kesimpulannya, hanya dengan 5 langkah, anda boleh dapatkan kad hijau CIDB anda dengan mudah dan cepat. Layari MyProBina sekarang dan isi borang permohonan. Tonton video ini untuk lebih jelas. Urusan pantas dan cepat hanya di MyProBina.
Terima kasih.
Hi.. pertanyaan. Sy pernah mengikuti kursus kad hijau dahulu. Sekitar tahun 2007 tak silap. Kad pon da tamat tempoh. Masih boleh renew ke? Atau tidak. Jika perlu buat semula permohonan baru, bagai mana? Perlukah mengikuti semula kursus kad hijau tu semula?
Untuk bantuan, sila hubungi atau whatsapp kami pada talian 01116107119
Jika nak apply kad hijau CIDB, kena ada kad NIOSH dan sijil SICP? Apa itu kad NIOSH dan sijil SICP?
Untuk bantuan, sila hubungi kami pada talian 01116107119. Team kami akan terangkan lebih detail mengenai daftar kad hijau CIDB
saya ingin memohon kad hijau CIDB, adakah saya mau mengikuti kursus dahulu, dimana dapat mengikuti kursus itu? siapa boleh membantu menghadiri kursus itu ?
Untuk bantuan, sila whatsapp atau hubungi kami pada talian 01116107119. Team kami akan bantu anda untuk membuat pendaftaran kad hijau CIDB dengan mudah