CIDB Malaysia Itu Siapa?
Disediakan oleh: Admin
CIDB Malaysia Featured Image

CIDB Malaysia

CIDB Malaysia

Tahukah anda siapakan CIDB ? CIDB Malaysia atau nama sebenarnya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)  merupakan satu badan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya.

Ianya ditubuhkan dan bertanggungjawab untuk menyelia dan membangun industri binaan di Malaysia menuju ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB. Visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Objektif CIDB

Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi Utama CIDB di Malaysia

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu.

Pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu yang berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan (kad hijau) untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja- kerja pembinaan.

Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. CIDB juga memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB juga berfungsi untuk menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus utama CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik serta perubahan industri. Ianya disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB. Ianya supaya tuntutan dapat dibuat sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja mahir di Malaysia.

Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran, pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Sekiranya kad hijau dan lesen kontraktor CIDB anda telah tamat tempoh renew sekarang di myprobina.com

 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Pendaftaran CIDB: Panduan Lengkap untuk Kontraktor di Malaysia

Sebagai kontraktor di Malaysia, pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah langkah kritikal. Pendaftaran ini bukan sahaja merupakan keperluan undang-undang, tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang dalam industri...

Kursus CIDB: Membuka Pintu Kerjaya dalam Industri Pembinaan Malaysia

Industri pembinaan di Malaysia terus berkembang pesat, membuka peluang kerjaya yang luas bagi individu yang berminat. Namun, untuk menceburi bidang ini dengan jayanya, memiliki pensijilan yang diiktiraf adalah penting. Salah satunya adalah sijil yang diperolehi...

Check Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Dalam dunia pembinaan Malaysia yang dinamik, memiliki akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang sah adalah penting. Bagi kontraktor dan pekerja binaan, status CIDB ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah juga membuktikan...

Mengenali CIDB Selangor: Peranan dan Kepentingan dalam Industri Pembinaan

Negeri Selangor, sebagai salah satu negeri yang paling pesat membangun di Malaysia, menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pembinaannya. Di sebalik pembangunan ini, terdapat satu badan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti, keselamatan, dan...

Memahami Kod Bidang CIDB

Dalam industri pembinaan Malaysia, Kod Bidang CIDB memainkan peranan yang penting. Ia adalah satu sistem klasifikasi yang digunakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengkategorikan kontraktor berdasarkan jenis kerja atau perkhidmatan...

Semakan Kad Hijau CIDB

Dalam dunia pembinaan yang serba pantas, keselamatan dan kompetensi pekerja adalah amat penting. Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting dalam memastikan piawaian ini dipatuhi melalui pelbagai inisiatif, salah...

Panduan Lengkap: Cara Renew Lesen CIDB Anda Secara Online

Lesen CIDB adalah keperluan penting bagi semua kontraktor di Malaysia. Ia membuktikan kelayakan dan membenarkan anda untuk menjalankan projek pembinaan secara sah. Memastikan lesen CIDB anda sentiasa aktif adalah krusial, dan kini proses memperbaharuinya lebih mudah...

Mengenali Kontraktor CIDB: Panduan Lengkap untuk Anda

Memilih kontraktor yang tepat adalah kunci untuk menjayakan projek pembinaan anda. Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting dalam memastikan kontraktor yang beroperasi adalah berkelayakan dan mematuhi piawaian yang...

Semak CIDB: Panduan Lengkap dan Mudah untuk Kontraktor & Orang Awam

CIDB atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri pembinaan di Malaysia. Sama ada anda seorang kontraktor yang ingin memastikan lesen anda aktif, atau orang awam yang ingin mengesahkan...

CIDB Check: Lesen Tamat Tempoh? Ini Yang Perlu Anda Tahu!

Lesen CIDB merupakan kunci utama bagi kontraktor untuk menjalankan projek pembinaan secara sah di Malaysia. Tanpa lesen yang sah, anda bukan sahaja berisiko didenda, malah boleh menjejaskan reputasi dan kelayakan anda untuk mendapatkan projek-projek besar di masa...
Pendaftaran CIDB: Panduan Lengkap untuk Kontraktor di Malaysia

Pendaftaran CIDB: Panduan Lengkap untuk Kontraktor di Malaysia

Sebagai kontraktor di Malaysia, pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah langkah kritikal. Pendaftaran ini bukan sahaja merupakan keperluan undang-undang, tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang dalam industri...

Check Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Check Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Dalam dunia pembinaan Malaysia yang dinamik, memiliki akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang sah adalah penting. Bagi kontraktor dan pekerja binaan, status CIDB ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah juga membuktikan...