Isi Kandungan
Anda tidak kisah melantik kontraktor yang belum mendaftar dengan CIDB untuk menjalankan pembinaan anda?? Nak tahu kesan sekiranya anda mengupah kontraktor yang tidak berdaftar ?? Jom baca kesan dibawah!!
Kesan Mengupah Kontraktor Yang Tidak Berdaftar Dengan CIDB
Akta 520
Percaya atau tidak, hampir sebagian syarikat tidak mempunyai lesen CIDB. Dan antara sebabnya adalah kerana menganggap lessen CIDB hanyalah keperluan untuk kontraktor yang mahu masuk tender projek kerajaan sahaja.
Jadinya, kontraktor yang membina dan ubahsuai rumah persendirian atau premis kedai swasta merasakan mereka tiada keperluan untuk berdaftar dengan CIDB. Malah terdapat beberapa kes, tuan rumah hanya mampu gigit jari apabila kerja ubahsuai kediaman mereka terbengkalai. Tindakan pila tidak dapat dibuat terhadap individu yang menjalankan kerja tersebut kerana tidak dapat menjalankan kerja tersebut kerana tidak dapat dikesan dalam sistem pendaftaran kontraktor.
Dibawah Akta 520, Seksyen 25, mana-mana individu yang melakukan kerja-kerja kontraktor tanpa ada lesen CIDB yang sah boleh didenda dan diarah untuk hentikan kerja ubahsuai atau binaan serta merta.
Bayangkan rumah anda yang sedang dMyProBina atau diubahsuai itu, terbengkalai bila operasi penguatkuasaan dilakukan dan didapati kontraktor anda juga tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
Apakah Akta 520 Ini?
Ia adalah satu Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Ia mengandungi peraturan dan pematuhan yang beri garis panduan dalam industri pembinaan.
Di bawah Seksyen 25 (1), Tiada seorang mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan CIDB. DI bawah Seksyen 29, boleh denda RM10K hingga RM100K jika sabit kesalahan, manakala di bawah Seksyen 30, kontraktor boleh diarahkan untuk berhenti dari melakukan kerja pembinaan.
Akta 520 juga dilaksanakan untuk menawarkan kepakaran CIDB dalam industry pembinaan tempatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pembinaan. Dalam Akta 520, kualiti dan keselataman pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya.
- Peningkatan kualiti pembinaan melalui pendaftaran kontraktor, personel binaan, pemerakuan kemahiran dan kompetensi
- Jaminan kualiti bahan binaan melalui penetapan dan pematuhan kepada standard
- Perletakan tanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas kerja pembinaan ke atas kontraktor dan pengurus tapak.
Rumusan
Sebelum satu operasi penguatkuasa bersepadu dijalankan oleh CIDB di tapak pembinaan untuk memantau penguatkuasaan akta ini ditapak, mana-mana kontraktor yang masih belum ada lessen yang sah, segeralah usahakan untuk mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB. Bagi yang sedang jalankan kerja ubahsuai dan renovasi, pastikan pula kontraktor anda ada lesen CIDB.
Dalam pematuhan industri terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi. Sebagai pemain industri, perlu ambil tahu. Mulakan dengan mengetahui undang-undang asas dalam Akta 520.
Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!
0 Comments