Kontraktor Tidak Berdaftar Dengan CIDB
Disediakan oleh: Admin
w 500 h 208 m cover s any  three ways to motivate

Anda tidak kisah melantik kontraktor yang belum mendaftar dengan CIDB untuk menjalankan pembinaan anda?? Nak tahu kesan sekiranya anda mengupah kontraktor yang tidak berdaftar ?? Jom baca kesan dibawah!!

Kesan Mengupah Kontraktor Yang Tidak Berdaftar Dengan CIDB

kontraktor-tidak-berdaftar

Akta 520

Percaya atau tidak, hampir sebagian syarikat tidak mempunyai lesen CIDB. Dan antara sebabnya adalah kerana menganggap lessen CIDB hanyalah keperluan untuk kontraktor yang mahu masuk tender projek kerajaan sahaja.

Jadinya, kontraktor yang membina dan ubahsuai rumah persendirian atau premis kedai swasta merasakan mereka tiada keperluan untuk berdaftar dengan CIDB. Malah terdapat beberapa kes, tuan rumah hanya mampu gigit jari apabila kerja ubahsuai kediaman mereka terbengkalai. Tindakan pila tidak dapat dibuat terhadap individu yang menjalankan kerja tersebut kerana tidak dapat menjalankan kerja tersebut kerana tidak dapat dikesan dalam sistem pendaftaran kontraktor.

Dibawah Akta 520, Seksyen 25, mana-mana individu yang melakukan kerja-kerja kontraktor tanpa ada lesen CIDB yang sah boleh didenda dan diarah untuk hentikan kerja ubahsuai atau binaan serta merta.

Bayangkan rumah anda yang sedang dMyProBina atau diubahsuai itu, terbengkalai bila operasi penguatkuasaan dilakukan dan didapati kontraktor anda juga tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

Apakah Akta 520 Ini?

Ia adalah satu Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Ia mengandungi peraturan dan pematuhan yang beri garis panduan dalam industri pembinaan.

Di bawah Seksyen 25 (1), Tiada seorang mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan CIDB. DI bawah Seksyen 29, boleh denda RM10K hingga RM100K jika sabit kesalahan, manakala di bawah Seksyen 30, kontraktor boleh diarahkan untuk berhenti dari melakukan kerja pembinaan.

Akta 520 juga dilaksanakan untuk menawarkan kepakaran CIDB dalam industry pembinaan tempatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pembinaan. Dalam Akta 520, kualiti dan keselataman pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya.

  • Peningkatan kualiti pembinaan melalui pendaftaran kontraktor, personel binaan, pemerakuan kemahiran dan kompetensi
  • Jaminan kualiti bahan binaan melalui penetapan dan pematuhan kepada standard
  • Perletakan tanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas kerja pembinaan ke atas kontraktor dan pengurus tapak.

Rumusan

Sebelum satu operasi penguatkuasa bersepadu dijalankan oleh CIDB di tapak pembinaan untuk memantau penguatkuasaan akta ini ditapak, mana-mana kontraktor yang masih belum ada lessen yang sah, segeralah usahakan untuk mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB. Bagi yang sedang jalankan kerja ubahsuai dan renovasi, pastikan pula kontraktor anda ada lesen CIDB.

Dalam pematuhan industri terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi. Sebagai pemain industri, perlu ambil tahu. Mulakan dengan mengetahui undang-undang asas dalam Akta 520.

Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!

SIAPA PERLU MOHON CIDB?

 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Semak Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Dalam dunia pembinaan Malaysia yang dinamik, memiliki akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang sah adalah penting. Bagi kontraktor dan pekerja binaan, status CIDB ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah juga membuktikan...

Mengenali CIDB Selangor: Peranan dan Kepentingan dalam Industri Pembinaan

Negeri Selangor, sebagai salah satu negeri yang paling pesat membangun di Malaysia, menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pembinaannya. Di sebalik pembangunan ini, terdapat satu badan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti, keselamatan, dan...

Memahami Kod Bidang CIDB

Dalam industri pembinaan Malaysia, Kod Bidang CIDB memainkan peranan yang penting. Ia adalah satu sistem klasifikasi yang digunakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengkategorikan kontraktor berdasarkan jenis kerja atau perkhidmatan...

Semakan Kad Hijau CIDB

Dalam dunia pembinaan yang serba pantas, keselamatan dan kompetensi pekerja adalah amat penting. Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting dalam memastikan piawaian ini dipatuhi melalui pelbagai inisiatif, salah...

Panduan Lengkap: Cara Renew Lesen CIDB Anda Secara Online

Lesen CIDB adalah keperluan penting bagi semua kontraktor di Malaysia. Ia membuktikan kelayakan dan membenarkan anda untuk menjalankan projek pembinaan secara sah. Memastikan lesen CIDB anda sentiasa aktif adalah krusial, dan kini proses memperbaharuinya lebih mudah...

Mengenali Kontraktor CIDB: Panduan Lengkap untuk Anda

Memilih kontraktor yang tepat adalah kunci untuk menjayakan projek pembinaan anda. Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan penting dalam memastikan kontraktor yang beroperasi adalah berkelayakan dan mematuhi piawaian yang...

Semak CIDB: Panduan Lengkap dan Mudah untuk Kontraktor & Orang Awam

CIDB atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri pembinaan di Malaysia. Sama ada anda seorang kontraktor yang ingin memastikan lesen anda aktif, atau orang awam yang ingin mengesahkan...

CIDB Check: Lesen Tamat Tempoh? Ini Yang Perlu Anda Tahu!

Lesen CIDB merupakan kunci utama bagi kontraktor untuk menjalankan projek pembinaan secara sah di Malaysia. Tanpa lesen yang sah, anda bukan sahaja berisiko didenda, malah boleh menjejaskan reputasi dan kelayakan anda untuk mendapatkan projek-projek besar di masa...

Memahami Peranan dan Kepentingan CIDB Malaysia untuk Industri Pembinaan

Sebagai pemilik rumah, pemaju hartanah, atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia, adalah penting untuk memahami peranan dan fungsi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Artikel ini akan membincangkan secara mendalam...

CIDB Negeri Sarawak: Panduan Lengkap untuk Industri Pembinaan

Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi di Sarawak. Untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan piawaian yang tinggi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempunyai perwakilan yang aktif di negeri ini. Artikel ini...
Semak Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Semak Status CIDB Anda dengan Mudah: Panduan Lengkap Online!

Dalam dunia pembinaan Malaysia yang dinamik, memiliki akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang sah adalah penting. Bagi kontraktor dan pekerja binaan, status CIDB ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah juga membuktikan...

Memahami Kod Bidang CIDB

Memahami Kod Bidang CIDB

Dalam industri pembinaan Malaysia, Kod Bidang CIDB memainkan peranan yang penting. Ia adalah satu sistem klasifikasi yang digunakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengkategorikan kontraktor berdasarkan jenis kerja atau perkhidmatan...